Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 61 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 b. tidak boleh dipindah milik atau dipinjamkan; dan c. sebarang kehilangan yang berlaku hendaklah dilaporkan kepada pihak yang dipertanggungjawabkan. K07/02/04 Perisian Dan Aplikasi Sebarang perisian dan aplikasi yang digunakan hendaklah mematuhi ketetapan berikut: a. hanya perisian yang dibekalkan oleh jabatan sahaja dibenarkan; b. lesen perisian perlu disimpan di tempat yang selamat dan dikawal capaiannya; c. kod sumber (source code) sesuatu sistem hendaklah disimpan dengan teratur dan selamat serta sebarang pindaan mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan; dan d. sistem aplikasi, perisian dan kod sumber tidak dibenarkan dikongsi, diagih, dibawa keluar atau didemontrasikan kepada pihak lain kecuali dengan kebenaran Pengurus ICT. Pengurus ICT, Pegawai Aset ICT, Pentadbir Sistem K07/02/05 Peralatan Tanpa Penyeliaan (Unattended Equipment) Pengguna perlu memastikan mana-mana peralatan yang ditinggalkan tanpa penyeliaan mematuhi ciri-ciri keselamatan seperti mempunyai kata laluan dan sebagainya. Peralatan hendaklah diselenggarakan dengan betul bagi memastikan kerahsiaan ketersediaan, dan integriti. Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy