Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 62 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 K07/02/06 Peralatan di Luar Premis Peralatan yang dibawa keluar dari premis JPA adalah terdedah kepada pelbagai risiko. Peralatan yang dibawa keluar premis JPA merangkumi: a. penggunaan peralatan secara sementara bagi keperluan mesyuarat, latihan dan sebagainya; dan b. penempatan peralatan secara kekal di sesebuah agensi lain. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a. peralatan perlu dilindungi dan dikawal sepanjang masa; dan b. penyimpanan atau penempatan peralatan mestilah mengambil kira ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian. Pentadbir Sistem K07/02/07 Pelupusan Aset ICT yang hendak dilupuskan perlu mematuhi tatacara pelupusan semasa. Langkah-langkah berikut perlu diambil dalam memastikan peralatan ICT JPA dilupuskan dengan teratur iaitu: a. pegawai aset ICT akan mengenal pasti sama ada peralatan tertentu boleh dilupuskan atau sebaliknya; b. peralatan yang hendak dilupuskan hendaklah disimpan di tempat yang telah dikhaskan; Pegawai Aset ICT, Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy