Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 60 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 l. peralatan ICT yang hendak dibawa keluar dari premis JPA, perlulah mendapat kelulusan Pegawai Aset ICT atau Penyelaras ICT Bahagian bagi tujuan pemantauan; dan m. aset ICT yang hilang hendaklah dilaporkan mengikut pekeliling perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. K07/02/02 Clear Desk dan Clear Screen Prosedur Clear Desk dan Clear Screen perlu dipatuhi supaya maklumat dalam apa jua bentuk media disimpan dengan teratur dan selamat bagi mengelakkan kerosakan, kecurian atau kehilangan. Perkara-perkara yang mesti dipatuhi termasuk yang berikut: a. menggunakan kemudahan password screen saver atau log out apabila meninggalkan komputer; b. menyimpan bahan-bahan sensitif di dalam laci atau kabinet fail yang berkunci; dan c. memastikan semua dokumen diambil segera daripada pencetak, pengimbas, mesin faksimili dan mesin fotostat. Pengguna K07/02/03 Media Tandatangan Digital Sebarang media yang digunakan untuk tandatangan digital hendaklah mematuhi ketetapan berikut: a. pengguna hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi perlindungan daripada kecurian, kehilangan, kerosakan, penyalahgunaan dan pengklonan; Pentadbir Sistem, Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy