Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 59 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 e. semua peralatan sokongan ICT hendaklah dilindungi daripada sebarang kecurian, kerosakan, pengubahsuaian tanpa kebenaran dan penyalahgunaan; f. aset ICT hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab. Arahan Keselamatan Kerajaan hendaklah sentiasa dipatuhi bagi mengelak berlakunya kerosakan atau kehilangan aset; g. sekiranya peralatan ICT tidak digunakan, peralatan tersebut hendaklah disimpan di dalam almari atau kabinet atau peti besi atau stor atau bilik khas yang berkunci untuk penyimpanan peralatan ICT; h. peralatan ICT yang kritikal perlu disokong oleh UPS; i. UPS yang berkuasa tinggi perlu diletakkan di bilik yang berasingan bersuhu rendah yang dilengkapi dengan pengudaraan yang sesuai; j. semua peralatan hendaklah disimpan atau diletakkan di tempat yang teratur, bersih dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Peralatan rangkaian seperti switch, router dan lain-lain perlu diletakkan di dalam bilik atau rak berkunci; k. semua peralatan yang digunakan secara berterusan mestilah diletakkan di kawasan yang berhawa dingin dan mempunyai pengudaraan (air ventilation) yang sesuai;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy