Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 58 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 b. Pelawat i. setiap pelawat hendaklah mendapatkan Pas Keselamatan Pelawat di pintu masuk utama premispremis JPA. Pas ini hendaklah dikembalikan semula selepas tamat lawatan. c. Kehilangan Pas Keselamatan i. kehilangan pas mestilah dilaporkan dengan segera seperti yang ditetapkan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. K07/02 Keselamatan Peralatan K07/02/01 Peralatan ICT Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a. penggunaan kata laluan untuk akses ke sistem komputer adalah diwajibkan; b. pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas komputer masing-masing dan tidak dibenarkan menjalankan sebarang pertukaran peralatan dan konfigurasi yang telah ditetapkan; c. pengguna dilarang melakukan instalasi sebarang perisian tambahan tanpa kebenaran Pentadbir Sistem; d. pengguna mesti memastikan perisian antivirus bagi semua peralatan ICT yang dibekalkan oleh Jabatan seperti komputer peribadi, notebook, server dan lain-lain yang berada di bawah tanggungjawab mereka sentiasa aktif (activated) dan dikemas kini di samping turut melakukan imbasan ke atas media storan yang digunakan; Pengguna, Pentadbir Sistem, Pegawai Aset ICT, Penyelaras ICT Bahagian

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy