Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 57 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 d. pemeriksaan secara berjadual ke atas peralatan keselamatan seperti CCTV dan pengimbas biometrik; e. butiran pelawat yang keluar masuk ke kawasan larangan perlu direkodkan; f. pihak luaran yang dibawa masuk mesti diiringi dan diawasi oleh pegawai bertanggungjawab di sepanjang tempoh di lokasi; g. lokasi premis ICT hendaklah tidak berhampiran dengan kawasan pemunggahan dan laluan awam; h. memperkukuhkan tingkap dan pintu serta dikunci untuk mengawal kemasukan; i. memperkukuhkan dinding dan siling; dan j. mengehadkan jalan keluar masuk. K07/01/02 Kawalan Masuk Fizikal Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a. Warga JPA i. semua warga hendaklah memakai atau mengenakan pas keselamatan sepanjang waktu bertugas; dan ii. semua pas keselamatan hendaklah diserahkan kembali kepada JPA apabila pengguna bertukar keluar, berhenti atau bersara. Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy