Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 51 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 K05/06/02 Capaian Internet Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a. penggunaan Internet di JPA hendaklah dipantau secara berterusan oleh Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan bagi memastikan penggunaannya untuk tujuan capaian yang dibenarkan sahaja. Kawalan ini akan dapat melindungi daripada sebarang bentuk ancaman ke atas rangkaian JPA; b. penggunaan Internet hanyalah untuk kegunaan rasmi sahaja. Pengurus ICT berhak menentukan pengguna yang dibenarkan menggunakan Internet atau sebaliknya; c. polisi Content Filtering mestilah digunakan dan dipantau bagi mengawal akses Internet. Pengguna boleh memohon pengecualian mengikut fungsi kerja untuk pertimbangan; dan d. penggunaan teknologi packet shaper adalah mengikut keperluan bagi menguruskan penggunaan bandwidth yang maksimum dan lebih berkesan. Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan Pengurus ICT Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan K05/07 Peralatan Mudah Alih Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a. merekodkan aktiviti keluar masuk penggunaan peralatan mudah alih bagi mengesan pergerakan peralatan tersebut daripada kehilangan atau kerosakan; b. peralatan mudah alih hendaklah disimpan atau dikunci di tempat yang selamat apabila tidak digunakan; dan Pegawai Aset ICT, Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy