Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 50 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 dipertanggungjawabkan penuh ke atas penggunaan kemudahan ini; dan e. capaian jarak jauh hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan oleh jabatan. K05/06 Kawalan Capaian Rangkaian K05/06/01 Capaian Rangkaian Kawalan capaian perkhidmatan rangkaian hendaklah dijamin selamat dengan: a. mewujudkan segmen rangkaian yang bersesuaian bagi membezakan di antara rangkaian JPA dan rangkaian awam; b. mewujudkan dan menguatkuasakan mekanisma untuk pengesahan pengguna dengan peralatan yang menepati kesesuaian penggunaannya; c. memantau dan menguatkuasakan kawalan capaian pengguna terhadap perkhidmatan rangkaian ICT; d. capaian pengguna jarak jauh (remote user) perlulah dikawal dan dipantau; e. capaian fizikal dan logikal ke atas peralatan rangkaian bagi tujuan mengubah konfigurasi perlulah dikawal; dan f. semua rangkaian yang dikongsi (shared networks), terutama yang keluar daripada rangkaian JPA, polisi perlu diwujudkan untuk mengawal capaian oleh pengguna. Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy