Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 52 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 c. memastikan peralatan mudah alih yang dibawa keluar dari pejabat perlu disimpan dan dijaga dengan baik bagi mengelakkan daripada kecurian. K05/08 Bring Your Own Device (BYOD) BYOD merupakan peralatan mudah alih persendirian seperti telefon pintar, tablet dan laptop yang digunakan oleh pengguna yang melaksanakan tugas rasmi melalui sambungan rangkaian Jabatan. Pengguna yang menggunakan kemudahan wi-fi jabatan atau data line persendirian untuk akses kepada Internet tertakluk kepada PKS JPA. Sebagai garis panduan, pengguna bertanggungjawab memastikan langkah-langkah keselamatan perlindungan berkaitan penggunaan BYOD seperti yang berikut: a. mengelak risiko kebocoran maklumat rasmi; b. mengelakkan ancaman risiko keselamatan ICT; c. memastikan produktiviti pengguna tidak terjejas dalam menjalankan urusan rasmi jabatan; dan d. meningkatkan integriti data. Bagi mengawal dan memantau pelaksanaan BYOD, mekanisma kawalan diwujudkan seperti yang berikut: a. mendaftarkan penggunaan peralatan mudah alih yang digunakan melalui AD; dan b. mengaktifkan fungsi keselamatan kata laluan bagi mengelakkan akses yang tidak dibenarkan. Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy