Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 49 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 b. setiap aktiviti capaian sistem maklumat dan aplikasi pengguna hendaklah direkodkan (log) bagi mengesan aktivitiaktiviti yang tidak diingini; c. menyediakan paparan dasar privasi/ notis penafian kepada pengguna ketika menggunakan aplikasi bagi melindungi maklumat daripada sebarang bentuk penyalahgunaan; d. memastikan kawalan sistem rangkaian adalah kukuh dan lengkap dengan ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan aktiviti atau capaian yang tidak sah; e. maklumat tarikh login terakhir hendaklah direkodkan; dan f. digalakkan session timeout dilaksanakan. K05/05 Capaian Jarak Jauh Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a. capaian jarak jauh yang dimaksudkan merangkumi: i. capaian daripada sistem rangkaian dalaman; dan ii. capaian daripada sistem rangkaian luaran bagi lokasi luar pejabat untuk tujuan teleworking. b. penghantaran maklumat yang menggunakan capaian jarak jauh mestilah menggunakan kaedah enkripsi (encryption); c. lokasi bagi akses ke sistem ICT JPA hendaklah dipastikan selamat; d. penggunaan perkhidmatan ini hendaklah mendapat kebenaran daripada Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan. Pengguna yang diberi hak adalah Pentadbir Sistem, Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy