Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 48 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 K05/03/02 Token/ Sijil Digital Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a. penggunaan token Kerajaan Elektronik (Token EG) atau sijil digital hendaklah digunakan bagi capaian sistem Kerajaan Elektronik yang dikhususkan; b. token hendaklah disimpan di tempat selamat bagi mengelakkan sebarang kecurian atau digunakan oleh pihak lain; c. perkongsian penggunaan token adalah tidak dibenarkan sama sekali; dan d. sebarang kehilangan, kerosakan dan kata laluan disekat perlu dimaklumkan kepada pihak yang mengeluarkan token. Pengguna K05/04 Capaian Aplikasi dan Maklumat Bertujuan melindungi sistem maklumat dan aplikasi sedia ada daripada sebarang bentuk capaian yang tidak dibenarkan yang boleh menyebabkan kerosakan. Capaian sistem dan aplikasi di JPA adalah terhad kepada pengguna dan tujuan yang dibenarkan. Bagi memastikan kawalan capaian sistem dan aplikasi adalah kukuh, langkahlangkah berikut perlu dipatuhi: a. pengguna hanya boleh menggunakan sistem maklumat dan aplikasi yang dibenarkan mengikut tahap capaian dan sensitiviti maklumat yang telah ditentukan; Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy