Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 27 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 Ahli: TKPPA(P) & TKPPA(O) a. Pengarah Bahagian Perkhidmatan; b. Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi; c. Pengarah INTAN; d. Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan; e. Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan; f. Pengarah Bahagian Gaji dan Elaun; g. Pengarah Bahagian Pencen; h. Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar; i. Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi; j. Pengarah Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat;. k. Timbalan-Timbalan Pengarah Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat; l. Ketua Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pembangunan Teknologi (IMATEC), INTAN; m. Ketua Unit Komunikasi Korporat; n. Penasihat Undang-undang (PUU); o. Ketua Unit Audit Dalam; dan p. Ketua Unit Integriti. Urus setia: BDTM Bidang kuasa: a. menetapkan arah tuju dan strategi ICT untuk pelaksanaan ICT JPA; b. merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program atau projek ICT JPA; c. menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan ICT agar selari dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) JPA dan PSP Sektor Awam; d. meluluskan projek-projek ICT;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy