Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 26 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 vi. melaksanakan peraturan berkaitan maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; dan vii. menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari diketahui umum. f. melaporkan sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan ICT kepada ICTSO dengan segera; g. mengawal aktiviti penggunaan media sosial seperti di bawah: i. mengelakkan ketirisan maklumat; ii. tidak memberi atau mendedahkan sebarang komen atau pernyataan atau isu yang menyentuh perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej dan dasar kerajaan; iii. tidak menyebarkan maklumat yang berbentuk fitnah, hasutan dan lucah atau cuba memprovokasi sesuatu isu yang menyalahi peraturan dan undang-undang atau perkara yang menyentuh sensitiviti individu atau kumpulan tertentu; dan iv. tidak menggunakan saluran media sosial hingga mengganggu fokus dalam urusan kerja. h. menghadiri program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT; dan i. menandatangani Surat Akuan Pematuhan Polisi Keselamatan Siber JPA seperti di Lampiran 1. K02/01/07 Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JPA Keanggotaan JPICT adalah seperti yang berikut: Pengerusi: KPPA/ CDO (sekiranya diturunkan kuasa) KPPA/ CDO

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy