Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 25 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 l. merancang, memantau dan memastikan pemeriksaan aset ICT Kerajaan dilaksanakan ke atas keseluruhan aset ICT Kerajaan sekurang-kurangnya sekali setahun; dan m. memastikan setiap kes kehilangan aset ICT Kerajaan dilaporkan dan diuruskan dengan teratur. K02/01/06 Pengguna Pengguna terdiri daripada warga JPA dan pihak luaran yang terlibat dalam penggunaan atau capaian kepada aset dan perkhidmatan ICT Jabatan. Peranan dan tanggungjawab pengguna adalah seperti yang berikut: a. Pengguna perlu membaca, memahami dan mematuhi PKS JPA; b. mengetahui dan memahami implikasi keselamatan ICT kesan dari tindakannya; c. menjalani tapisan keselamatan sekiranya dikehendaki berurusan dengan maklumat rasmi terperingkat; d. melaksanakan prinsip-prinsip PKS dan menjaga kerahsiaan maklumat JPA; e. melaksanakan langkah-langkah perlindungan seperti yang berikut: i. menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan; ii. memeriksa maklumat dan menentukan ia tepat dan lengkap dari semasa ke semasa; iii. menentukan maklumat sedia untuk digunakan; iv. menjaga kerahsiaan kata laluan; v. mematuhi piawaian, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan ICT yang ditetapkan; Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy