Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 24 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 c. memastikan semua aset ICT Kerajaan yang diterima, didaftarkan menggunakan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan aset; d. memastikan semua aset ICT Kerajaan yang dipinjam, direkodkan ke dalam Rekod Pergerakan Aset. Aset tidak dibenarkan dibawa keluar dari pejabat kecuali dengan kelulusan secara bertulis daripada Ketua Jabatan/ Pegawai Aset/ Pegawai-pegawai lain yang diberi kuasa oleh Ketua Jabatan; e. memastikan Daftar Aset ICT dikemas kini apabila berlaku penambahan/ penggantian/ naik taraf aset termasuk selepas pemeriksaan aset, pelupusan dan hapus kira; f. memastikan semua aset ICT Kerajaan diberi tanda pengenalan dengan cara melabel tanda Hak Kerajaan Malaysia dan nama JPA/ Bahagian/ Agensi berkenaan di tempat yang mudah dilihat dan sesuai pada aset berkenaan; g. memastikan semua aset ICT Kerajaan ditandakan dengan Nombor Siri Pendaftaran mengikut susunan yang ditetapkan; h. memastikan senarai daftar induk aset ICT Kerajaan disediakan; i. memastikan senarai aset ICT Kerajaan disediakan mengikut lokasi dan format Senarai Aset ICT Kerajaan dalam dua (2) buah salinan. Satu (1) senarai berkenaan perlu disimpan oleh Pegawai Aset ICT/ Pembantu Pegawai Aset ICT dan satu (1) salinan perlu dipaparkan oleh pegawai yang bertanggungjawab di lokasi; j. memastikan setiap kerosakan aset ICT Kerajaan dilaporkan untuk tujuan penyelenggaraan; k. bertanggungjawab untuk menyedia, merancang, melaksana, memantau dan merekodkan penyelenggaraan aset ICT Kerajaan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy