Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 22 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 d. mengehadkan capaian ke atas dokumentasi sistem bagi mengelakkan dari penyalahgunaannya; e. memastikan kelancaran operasi sistem aplikasi supaya perkhidmatan yang disediakan tidak terjejas; f. memastikan kod-kod program sistem aplikasi adalah selamat daripada penggodam sebelum sistem tersebut diaktifkan penggunaannya; g. mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip PKS dalam pewujudan akaun pengguna ke atas setiap sistem aplikasi; dan h. melaporkan kepada ICTSO jika berlakunya insiden keselamatan ke atas sistem aplikasi. Pentadbir E-mel Peranan dan tanggungjawab Pentadbir E-mel adalah seperti yang berikut: a. menentukan setiap akaun yang diwujudkan atau dibatalkan telah mendapat kelulusan. Pembatalan akaun (pengguna yang tamat perkhidmatan, bertukar dan melanggar dasar dan tatacara jabatan) perlulah dilakukan dengan segera atas tujuan keselamatan maklumat; b. pentadbir e-mel boleh membekukan akaun pengguna berdasarkan peraturan atau polisi semasa; c. memastikan pengguna e-mel JPA berkemahiran menggunakan e-mel melalui penyediaan dokumen tatacara penggunaan e-mel JPA dan Internet JPA serta pelaksanaan Kursus Pembudayaan ICT (Penggunaan E-mel dan Internet) secara berterusan. d. memastikan kemudahan mengakses capaian e-mel melalui pelbagai peralatan ICT dan alat komunikasi; Pentadbir E-mel

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy