Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 21 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 a. memastikan persekitaran fizikal dan keselamatan pusat data berada dalam keadaan baik dan selamat; b. memastikan keselamatan data dan sistem aplikasi yang berada dalam Pusat Data; c. menjadualkan dan melaksanakan proses backup dan restoration ke atas pangkalan data dan sistem secara berkala; d. menyediakan perancangan Pelan Pemulihan Bencana; e. memastikan Pusat Data sentiasa beroperasi mengikut polisi yang telah ditetapkan; f. melaporkan sebarang pelanggaran keselamatan Pusat Data JPA kepada ICTSO; dan g. memastikan maklumat perhubungan perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Pentadbir Sistem Aplikasi Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Sistem Aplikasi adalah seperti yang berikut: a. mengkaji cadangan pembangunan, penambahbaikan, pembaikan, penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan dan penyelenggaraan sistem di JPA; b. menyediakan dokumentasi sistem dan manual pengguna; c. memastikan virus pattern, hotfix dan patch yang berkaitan dengan sistem aplikasi dikemaskini supaya terhindar daripada ancaman virus dan penggodam; Pentadbir Sistem Aplikasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy