Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 23 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 e. melaporkan kepada ICTSO jika berlakunya insiden keselamatan ke atas sistem e-mel; dan f. memastikan maklumat perhubungan perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Pentadbir Media Sosial JPA Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Media Sosial JPA adalah seperti yang berikut: a. mematuhi segala peraturan atau syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform media sosial; b. mentadbir dan menyemak ketepatan serta sensitiviti maklumat dalam pengurusan kandungan (video, audio, gambar dan dokumen) dan komen mengikut etika media sosial semasa; dan c. melaporkan sebarang pelanggaran polisi atau etika penggunaan media sosial yang sedang berkuat kuasa kepada Ketua Komunikasi Korporat, JPA. Pentadbir Media Sosial JPA Pegawai Aset ICT Pegawai Aset ICT ialah pegawai yang dilantik oleh Pegawai Pengawal. Peranan dan tanggungjawab Pegawai Aset ICT adalah seperti yang berikut: a. memastikan pengurusan aset ICT Kerajaan dijalankan selaras dengan peraturan yang ditetapkan; b. memastikan penerimaan aset ICT Kerajaan dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh Ketua Jabatan/ Bahagian; Pegawai Aset ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy