Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 15 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 K02/01/03 Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) Jawatan Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) adalah disandang oleh Pengarah Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA. Peranan dan tanggungjawab ICTSO adalah seperti yang berikut: a. mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan ICT (JKICT); b. menguatkuasakan pelaksanaan PKS JPA di semua bahagian di JPA; c. memastikan pengurusan risiko dan audit keselamatan ICT berpandukan dokumen Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) dan PKS JPA; d. mencadangkan langkah-langkah pengukuhan bagi mematuhi dasar-dasar berkaitan keselamatan ICT JPA; e. melaporkan insiden keselamatan ICT kepada pihak National Cyber Security Agency (NACSA) dan seterusnya membantu dalam penyiasatan atau pemulihan; f. memastikan program kesedaran keselamatan ICT dilaksanakan; g. menyedia dan menyebarkan amaran-amaran yang sesuai terhadap kemungkinan berlaku ancaman kepada keselamatan ICT dan menyediakan khidmat nasihat serta langkah pemulihan yang bersesuaian; h. melaporkan insiden keselamatan ICT kepada CDO bagi insiden yang memerlukan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP); i. memastikan pematuhan PKS JPA oleh pihak luaran yang memberi perkhidmatan ICT kepada JPA untuk tujuan pembekalan, pemasangan, penyelenggaraan dan sebagainya; ICTSO

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy