Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 16 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 j. menyemak, mengkaji dan menyediakan laporan berkaitan dengan isu-isu keselamatan ICT; k. memastikan PKS JPA dikemas kini sesuai dengan arahan jabatan, peraturan semasa, perubahan teknologi, serta ancaman dalaman dan luaran; dan l. memastikan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) JPA mengandungi aspek keselamatan ICT. K02/01/04 Pengurus ICT Jawatan Pengurus ICT disandang oleh dua (2) orang pegawai iaitu Pengarah Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat dan Ketua Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pembangunan Teknologi (IMATEC), INTAN. Peranan dan tanggungjawab Pengurus ICT adalah seperti yang berikut: a. memastikan PKS JPA dilaksanakan dan dipatuhi di bahagian; b. memastikan semua pengguna di JPA mematuhi dasar, piawaian dan garis panduan keselamatan ICT, dan seterusnya melaporkan sebarang insiden berkaitan keselamatan ICT; c. mengkaji semula aspek-aspek keselamatan fizikal seperti kemudahan backup dan persekitaran pejabat yang perlu, dengan persetujuan ICTSO; d. melaksanakan keperluan PKS dalam operasi semasa seperti yang berikut: i. pelaksanaan sistem atau aplikasi baharu sama ada dibangunkan secara dalaman atau luaran yang melibatkan teknologi baharu; ii. pembelian atau peningkatan perisian dan sistem komputer; iii. perolehan teknologi dan perkhidmatan komunikasi baharu; iv. pelantikan pembekal, perunding atau rakan usaha sama; dan Pengurus ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy