Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 14 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 KAWALAN 02: ORGANISASI KESELAMATAN MAKLUMAT Objektif Menerangkan peranan dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat dengan lebih jelas dan teratur dalam mencapai objektif PKS JPA. K02/01 Tadbir Urus Keselamatan Maklumat K02/01/01 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Peranan dan tanggungjawab KPPA adalah seperti yang berikut: a. memastikan semua keperluan jabatan seperti sumber kewangan, sumber kakitangan dan perlindungan keselamatan adalah mencukupi; dan b. mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT). KPPA K02/01/02 Ketua Pegawai Digital (CDO) Jawatan Ketua Pegawai Digital (CDO) adalah disandang oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). Peranan dan tanggungjawab CDO adalah seperti yang berikut: a. bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT JPA; b. bertanggungjawab menyelaras dan mengurus pelan tindakan dan program keselamatan seperti penyediaan PKS JPA, pelan latihan dan kesedaran pengguna, pengurusan risiko dan pengauditan; dan c. menentukan keperluan keselamatan ICT. CDO

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy