Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 104 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 BIL. ISTILAH PENERANGAN Organisasi yang ditubuhkan untuk membantu agensi mengurus pengendalian insiden keselamatan siber di agensi masing-masing dan agensi di bawah kawalannya. 14. Data-at-rest Data-at-rest (data-dalam-simpanan) Data yang tidak aktif yang disimpan secara fizikal dalam bentuk digital (contohnya pangkalan data, gudang data, hamparan, arkib dan sebagainya). 15. Data-in-motion Data-in-motion (data-dalam-pergerakan) Data-dalam-pergerakan atau data transit maklumat digital yang sedang dalam proses pergerakan di dalam atau antara sistem komputer. 16. Data-in-use Data-in-use (data-dalam-penggunaan) Data yang digunakan ialah data yang sedang diperbaharui, diproses, dihapus, diakses atau dibaca oleh sistem. Jenis data ini tidak disimpan secara pasif, tetapi bergerak aktif melalui infrastruktur IT. 17. Data masking Data masking ialah kaedah penyembunyian data asli yang digunakan untuk tujuan pengujian dan latihan. 18. Defence-in-depth Merupakan satu pendekatan dalam keselamatan siber di mana merupakan satu mekanisme lapisan pertahanan untuk melindungi data dan maklumat. 19. Denial of service Halangan pemberian perkhidmatan. 20. Downloading Aktiviti muat-turun sesuatu perisian. 21. DRC Disaster Recovery Centre Pusat Pemulihan Bencana 22. DRP Disaster Recovey Plan Pelan Pemulihan Bencana 23. Dummy data Dummy data ialah data yang tidak bermakna yang digunakan untuk tujuan pengujian dan latihan. 24. Encryption Enkripsi atau penyulitan. Proses enkripsi data oleh pengirim supaya tidak difahami oleh orang lain kecuali penerima yang sah. 25. Firewall Sistem yang direka bentuk untuk menghalang capaian pengguna yang tidak berkenaan kepada atau daripada rangkaian dalaman. Terdapat dalam bentuk peralatan atau perisian atau kombinasi kedua-duanya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy