Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 103 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 GLOSARI BIL. ISTILAH PENERANGAN 1. Active Directory (AD) Teknologi Microsoft yang digunakan untuk mengurus komputer dan peralatan lain dalam rangkaian. 2. Antivirus Perisian yang mengimbas virus pada media storan, seperti cakera keras (hard disk) dan disket (diskette) untuk sebarang kemungkinan adanya virus. 3. Aplikasi Perisian komputer atau program yang khusus digunakan untuk peranti mudah alih. 4. Aset Alih Aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk Aset Alih yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau infrastruktur lain. 5. Aset ICT Aset ICT merangkumi perkakasan, perisian, perkhidmatan, data atau maklumat dan manusia yang mempunyai nilai. 6. Backup Proses penduaan sesuatu dokumen atau maklumat. 7. Bandwidth Jalur lebar Ukuran atau jumlah data yang boleh dipindahkan melalui kawalan komunikasi (contoh: di antara cakera keras dan PC utama) dalam jangka masa yang ditetapkan. 8. Bilik khas Bilik yang selamat dan terkawal. 9. BYOD Bring Your Own Device 10. CCTV Closed-circuit television Sistem TV yang digunakan secara komersil di mana satu sistem TV kamera video dipasang dalam premis pejabat bagi tujuan membantu pemantauan fizikal. 11. CDO Chief Digital Officer Ketua Pegawai Digital yang bertanggungjawabkan terhadap ICT dan sistem maklumat bagi menyokong arah tuju sesebuah organisasi. 12. Clear Desk dan Clear Screen Tidak meninggalkan dokumen data dan maklumat terperingkat dalam keadaan terdedah di atas meja atau di paparan skrin komputer apabila pengguna tidak berada di tempatnya. 13. CSIRT Agensi Cyber Security Incident Response Team

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy