Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 86 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 K10/01/02 Kawalan Prosesan Membuat semakan pengesahan di dalam aplikasi untuk mengenal pasti kesilapan maklumat. Pentadbir Sistem K10/01/03 Pengesahan Output Data Data output daripada aplikasi perlu disahkan bagi memastikan maklumat yang dihasilkan adalah tepat. Pentadbir Sistem Pengguna K10/02 Keselamatan Fail Sistem Fail sistem perlu dikawal dan dikendalikan dengan baik dan selamat. a. proses pengemaskinian fail sistem hanya boleh dilakukan oleh Pentadbir Sistem atau pegawai yang berkenaan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan; b. kod sumber sistem yang telah dikemas kini hanya boleh dilaksanakan atau digunakan selepas diuji; c. mengawal capaian ke atas kod sumber bagi mengelakkan kerosakan, pengubahsuaian tanpa kebenaran, penghapusan dan kecurian; d. mengaktifkan log audit bagi merekodkan semua aktiviti pengemaskinian untuk tujuan statistik, pemulihan dan keselamatan; dan e. data ujian hendaklah dipilih dan penggunaannya dikawal serta dilindungi. Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy