Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 87 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 K10/03 Keselamatan Dalam Proses Pembangunan dan Sokongan K10/03/01 Peraturan Keselamatan Dalam Pembangunan Sistem Peraturan bagi pembangunan sistem aplikasi hendaklah disediakan dan digunakan untuk pembangunan dalam organisasi. Perkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti yang berikut: a. keselamatan persekitaran pembangunan sistem aplikasi; b. keselamatan pangkalan data; c. keperluan pengetahuan ke atas keselamatan sistem aplikasi; dan d. keselamatan dalam kawalan versi. Pengurus ICT K10/03/02 Prosedur Perubahan Perubahan atau pengubahsuaian ke atas kitaran hayat pembangunan sistem, sistem pengoperasian dan aplikasi hendaklah dikawal, diuji, direkod dan disahkan sebelum digunakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pentadbir Sistem dan Pemilik Proses atau Pemilik Sistem K10/03/03 Semakan Teknikal Aplikasi Selepas Perubahan Platform Semakan dan pengujian terhadap aplikasi perlu dilaksanakan sekiranya berlaku perubahan terhadap platform pengoperasian bagi memastikan fungsi dan operasi sistem tidak terjejas. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a. memastikan sistem aplikasi, integriti data dan kawalan akses disemak supaya operasi sistem tidak terjejas apabila perubahan platform dilaksanakan; dan Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy