Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 85 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 KAWALAN 10: PEMEROLEHAN, PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM Objektif Memastikan sistem yang dibangunkan secara dalaman atau luaran mempunyai ciri-ciri keselamatan ICT yang bersesuaian. K10/01 Kawalan Prosesan Aplikasi a. pemerolehan pembangunan, penambahbaikan dan penyelenggaraan sistem secara dalaman atau luaran hendaklah mengambil kira aspek kawalan keselamatan sistem dan maklumat; b. ujian keselamatan hendaklah dijalankan ke atas sistem aplikasi untuk menyemak dan memastikan keselamatan sistem dan maklumat; dan c. sistem hendaklah diuji bagi memastikan sistem berkenaan memenuhi keperluan keselamatan sebelum digunakan dan dalam tempoh penyenggaraan. ICTSO, Pentadbir Sistem K010/01/01 Pengesahan Input Data Input data ke dalam aplikasi perlulah melalui proses pengesahan bagi memastikan data yang dimasukkan adalah tepat dan boleh dipercayai. Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy