Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 53 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 b. mewujudkan dan menguatkuasakan mekanisme untuk pengesahan pengguna dengan peralatan yang menepati kesesuaian penggunaannya; c. memantau dan menguatkuasakan kawalan capaian pengguna terhadap perkhidmatan rangkaian ICT; d. capaian pengguna jarak jauh (remote user) perlulah dikawal dan dipantau; e. capaian fizikal dan logikal ke atas peralatan rangkaian bagi tujuan mengubah konfigurasi perlulah dikawal; dan f. semua rangkaian yang dikongsi (shared networks), terutama yang keluar daripada rangkaian JPA, polisi perlu diwujudkan untuk mengawal capaian oleh pengguna. K05/06/02 Capaian Internet a. penggunaan Internet di JPA hendaklah dipantau secara berterusan oleh Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan bagi memastikan penggunaannya untuk tujuan capaian yang dibenarkan sahaja. Kawalan ini akan dapat melindungi daripada sebarang bentuk ancaman ke atas rangkaian JPA; b. penggunaan Internet hanyalah untuk kegunaan rasmi sahaja. Pengurus ICT berhak menentukan pengguna yang dibenarkan menggunakan Internet atau sebaliknya; Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan Pengurus ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy