Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 54 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 c. polisi Content Filtering mestilah digunakan dan dipantau bagi mengawal akses Internet. Pengguna boleh memohon pengecualian mengikut fungsi kerja untuk pertimbangan; d. penggunaan teknologi packet shaper adalah perlu bagi menguruskan penggunaan bandwidth yang maksimum dan lebih berkesan; dan e. penggunaan kemudahan Internet peribadi di pejabat seperti modem, hotspot dan sebagainya untuk tujuan sambungan ke Internet adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan Ketua Jabatan melalui borang permohonan seperti di Lampiran 3. Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan K05/07 Peralatan Mudah Alih Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: a. merekodkan aktiviti keluar masuk penggunaan peralatan mudah alih bagi mengesan pergerakan peralatan tersebut daripada kehilangan atau kerosakan; b. peralatan mudah alih hendaklah disimpan atau dikunci di tempat yang selamat apabila tidak digunakan; dan c. memastikan peralatan mudah alih yang dibawa keluar dari pejabat perlu disimpan dan dijaga dengan baik bagi mengelakkan daripada kecurian. Pegawai Aset ICT, Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy