Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 52 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 K05/05 Capaian Jarak Jauh a. capaian jarak jauh yang dimaksudkan merangkumi: i. capaian daripada sistem rangkaian dalaman; dan ii. capaian daripada sistem rangkaian luaran bagi lokasi luar pejabat untuk tujuan teleworking. b. penghantaran maklumat yang menggunakan capaian jarak jauh mestilah menggunakan kaedah enkripsi (encryption); c. lokasi bagi akses ke sistem ICT JPA hendaklah dipastikan selamat; d. penggunaan perkhidmatan ini hendaklah mendapat kebenaran daripada Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan. Pengguna yang diberi hak adalah dipertanggungjawabkan penuh ke atas penggunaan kemudahan ini; dan e. capaian jarak jauh hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan oleh jabatan. Pentadbir Sistem, Pengguna K05/06 Kawalan Capaian Rangkaian K05/06/01 Capaian Rangkaian Kawalan capaian perkhidmatan rangkaian hendaklah dijamin selamat dengan: a. mewujudkan segmen rangkaian yang bersesuaian bagi membezakan di antara rangkaian JPA dan rangkaian awam; Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy