Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Versi: 1.2 Muka Surat: 19 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA d. Pentadbir Pusat Data; e. Pentadbir Sistem Aplikasi; f. Pentadbir E-mel; g. Pentadbir Media Sosial JPA; dan h. Pegawai Aset ICT. Pentadbir Rangkaian Dan Keselamatan Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan adalah seperti berikut: a. memastikan rangkaian setempat (LAN) dan rangkaian luas (WAN) di JPA beroperasi sepanjang masa; b. memastikan semua peralatan dan perisian rangkaian diselenggarakan dengan sempurna; c. merancang peningkatan infrastruktur, ciri-ciri keselamatan dan prestasi rangkaian sedia ada; d. mengesan dan mengambil tindakan pembaikan segera ke atas rangkaian yang tidak stabil; e. melaksanakan penilaian tahap keselamatan sistem rangkaian dan sistem ICT; f. memastikan laluan trafik keluar dan masuk diuruskan secara berpusat dan tidak membenarkan sambungan ke rangkaian JPA secara tidak sah; g. menyediakan zon khas rangkaian untuk tujuan pengujian peralatan dan perisian rangkaian; Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy