Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Versi: 1.2 Muka Surat: 20 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA h. memantau penggunaan rangkaian dan melaporkan kepada ICTSO sekiranya berlaku penyalahgunaan sumber rangkaian; dan i. memastikan maklumat perhubungan perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Pentadbir Pangkalan Data Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Pangkalan Data adalah seperti berikut: a. melaksanakan instalasi dan penambahbaikan pangkalan data serta perisian lain yang berkaitan dengan pangkalan data; b. memastikan pangkalan data boleh digunakan pada setiap masa; c. melaksanakan pemantauan dan penyelenggaraan yang berterusan ke atas pangkalan data; d. melaksanakan data masking dalam menyediakan data latihan; e. memastikan aktiviti pentadbiran pangkalan data seperti prestasi capaian, penyelesaian masalah pangkalan data dan proses pengemaskinian data dilaksanakan dengan teratur; f. melaksanakan polisi pengguna pangkalan data berdasarkan kepada prinsip-prinsip PKS; g. melaksanakan proses perkemasan data (housekeeping) di dalam pangkalan data; h. memantau proses backup dan restoration ke atas pangkalan data; dan Pentadbir Pangkalan Data

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy