Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Versi: 1.2 Muka Surat: 18 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA d. melaksanakan keperluan PKS dalam operasi semasa seperti berikut: i. pelaksanaan sistem atau aplikasi baharu sama ada dibangunkan secara dalaman atau luaran yang melibatkan teknologi baharu; ii. pembelian atau peningkatan perisian dan sistem komputer; iii. perolehan teknologi dan perkhidmatan komunikasi baharu; iv. pelantikan pembekal, perunding atau rakan usaha sama; dan v. menentukan pembekal, perunding atau rakan usaha sama menjalani tapisan keselamatan selaras dengan keperluan tahap perkhidmatan. e. memastikan bentuk ancaman keselamatan terkini dikenal pasti dan penemuan ancaman dilaporkan kepada ICTSO; f. menyemak dan mengesahkan garis panduan, prosedur dan tatacara bagi semua aplikasi yang dibangunkan di bahagian-bahagian agar mematuhi keperluan PKS JPA; g. membangun, mengkaji semula dan mengemas kini pelan kontingensi dengan mengaktifkan Pelan Pemulihan Bencana (DRP); h. memastikan sistem kawalan capaian pengguna ke atas aset-aset ICT JPA dilaksanakan; dan i. memastikan aspek keselamatan maklumat dilaksanakan dalam setiap pengurusan projek. K02/01/05 Pentadbir Sistem Pentadbir Sistem terdiri daripada seperti berikut: a. Pentadbir Rangkaian Dan Keselamatan; b. Pentadbir Pangkalan Data; c. Pentadbir Portal (Web Master); Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy