Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Versi: 1.2 Muka Surat: 17 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA i. memastikan pematuhan PKS JPA oleh pihak luaran yang memberi perkhidmatan ICT kepada JPA untuk tujuan pembekalan, pemasangan, penyelenggaraan dan sebagainya; j. menyemak, mengkaji dan menyediakan laporan berkaitan dengan isu-isu keselamatan ICT; k. memastikan PKS JPA dikemas kini sesuai dengan arahan jabatan, peraturan semasa, perubahan teknologi, dan ancaman dalaman dan luaran; dan l. memastikan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) JPA mengandungi aspek keselamatan ICT. K02/01/04 Pengurus ICT Jawatan Pengurus ICT disandang oleh dua (2) orang pegawai iaitu Pengarah Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat dan Ketua Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pembangunan Teknologi (IMATEC), INTAN. Peranan dan tanggungjawab Pengurus ICT adalah seperti berikut: a. memastikan PKS JPA dilaksanakan dan dipatuhi di bahagian; b. memastikan semua pengguna di JPA mematuhi dasar, piawaian dan garis panduan keselamatan ICT, dan seterusnya melaporkan sebarang insiden berkaitan keselamatan ICT; c. mengkaji semula aspek-aspek keselamatan fizikal seperti kemudahan backup dan persekitaran pejabat yang perlu, dengan persetujuan ICTSO; Pengurus ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy