Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Versi: 1.2 Muka Surat: 16 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA K02/01/03 Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) Jawatan Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) adalah disandang oleh Pengarah Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA. Peranan dan tanggungjawab ICTSO adalah seperti berikut: a. mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan ICT (JKICT); b. menguatkuasakan pelaksanaan PKS JPA di semua bahagian di JPA; c. memastikan pengurusan risiko dan audit keselamatan ICT berpandukan dokumen Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) dan PKS JPA; d. mencadangkan langkah-langkah pengukuhan bagi mematuhi dasardasar berkaitan keselamatan ICT JPA; e. melaporkan insiden keselamatan ICT kepada pihak National Cyber Security Agency (NACSA) dan seterusnya membantu dalam penyiasatan atau pemulihan; f. memastikan program kesedaran keselamatan ICT dilaksanakan; g. menyedia dan menyebarkan amaran-amaran yang sesuai terhadap kemungkinan berlaku ancaman kepada keselamatan ICT dan menyediakan khidmat nasihat serta langkah pemulihan yang bersesuaian; h. melaporkan insiden keselamatan ICT kepada CDO bagi insiden yang memerlukan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan; ICTSO

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy