Previous Page  132 / 133 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 132 / 133 Next Page
Page Background

Versi:

2.4

Muka Surat:

114 dari 114

DASAR KESELAMATAN ICT JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia

Tarikh Akhir Kemaskini

27 Feb 2018

PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH KONTRAKTOR

YANG TERLIBAT DENGAN PROJEK KERAJAAN MENURUT

AKTA RAHSIA RASMI 1972.

Adalah saya dengan ini mengaku bahawa perhatian saya telah ditarik kepada

peruntukan-peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan bahawa saya faham dengan

sepenuhnya akan segala yang dimaksudkan dalam Akta itu.Khususnya saya faham

bahawa menyampaikan, menggunakan atau menyimpan dengan salah, sesuatu benda

rahsia, tidak menjaga dengan cara yang berpatutan sesuatu rahsia atau apa- apa

tingkahlaku yang membahayakan keselamatan atau rahsia sesuatu benda rahsia adalah

menjadi suatu kesalahan di bawah Akta tersebut, yang boleh dihukum maksimum penjara

seumur hidup.

Saya faham bahawa segala maklumat rasmi yang saya perolehi dalam perkhidmatan Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana Kerajaan dalam

Malaysia, adalah milik Kerajaan dan tidak akan membocorkan, menyiarkan, atau

menyampaikan, sama ada secara lisan atau dengan bertulis, kepada sesiapa jua dalam

apa-apa bentuk, kecuali pada masa menjalankan kewajipan-kewajipan rasmi saya, sama

ada dalam masa atau selepas perkhidmatan saya dengan Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong atau dengan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia dengan tidak terlebih

dahulu mendapat kebenaran bertulis pihak berkuasa yang berkenaan. Saya berjanji dan

mengaku akan menandatangani suatu akuan selanjutnya bagi maksud ini apabila tamat

projek Kerajaan

.

Tandatangan :………………………………………………………………….

Nama dengan Huruf Besar :…………………………………………………..

No Kad Pengenalan :………………………………………………………….

Jawatan :……………………………………………………………………...

Jabatan :……………………………………………………………………….

Tarikh :………………………………………………………………………..