SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 79 PENGURUSAN KOMUNIKASI DAN TATATERTIB TATATERTIB VERSI : 2.0 DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Kes bagaimana yang boleh direkodkan ke dalam Menu Tatatertib di HRMIS 2.0? Kes-kes yang telah selesai hendaklah direkodkan ke dalam HRMIS. Walau bagaimanapun, kes-kes yang belum selesai juga digalakkan untuk direkodkan ke dalam HRMIS. Namun, Status Keseluruhan Kes akan direkodkan sebagai Belum Selesai. 2 Mengapakah tiada jenis prosedur bagi surcaj, tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan, pegawai yang tertakluk kepada perintah tahanan, pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah dan penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam? Pelaksanaan Fungsi Tatatertib kepada semua agensi bagi Tahun 2015 yang diarahkan oleh Bahagian Perkhidmatan (BK), JPA mengkhususkan kemasukan data tatatertib jenis prosedur Kes Am sahaja. Walau bagaimana pun, input dan maklum balas dari agensi amat dialukan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. Bagi perkara-perkara yang melibatkan prosedur dan proses, kami perlulah berhubung dengan Bahagian Perkhidmatan JPA untuk sebarang penambahan maklumat yang diperlukan sebelum ia dimasukkan ke dalam sistem HRMIS. 3 Apakah peraturan/ akta/ pekeliling yang berkaitan tatatertib untuk rujukan? Peraturan yang berkaitan tatatertib adalah seperti berikut: 1) Peraturan - Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 - P.U.(A) 395/1993. 2) Peraturan - Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 - U.(A) 396/1993. Lain-Lain Peraturan / Akta adalah seperti berikut: 1) Seksyen 18 - Akta Acara Kewangan 1957.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy