SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 74 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN KEMUDAHAN LAIN KELUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 12 Sekiranya rekod permohonan banyak, bolehkan pelulus meluluskan rekod permohonan secara pukal? Boleh. Pelulus boleh meluluskan rekod permohonan pegawai secara pukal melalui menu 'Meluluskan permohonan'. Pastikan pelulus diberi peranan sebagai pelulus kod peranan [05][0511][497]. 13 Bagi urusan persendirian blanket approval, mengapa negara Indonesia tiada dalam senarai negara bersempadan? Negara Indonesia tidak disenaraikan negara bersempadan dengan merujuk kepada Surat Pekeliling Am Bil 1 Tahun 2014 - Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian. 14 Bolehkah saya memasukkan maklumat negara lebih dari satu? Ya. Pegawai boleh memasukkan maklumat negara lebih dari satu negara. 15 Siapakah pegawai yang boleh diberi peranan bagi Pentadbir Tuntutan Insurans? Peranan bagi pentadbir tuntutan insurans diberi berdasarkan operasi di agensi sendiri. Pentadbir tuntutan yang bertanggungjawab menyemak buku servis pegawai sekiranya tuntutan insurans telah dituntut oleh pegawai atau belum menuntut pada tahun semasa (bagi pertama kali permohonan). Seterusnya pentadbir perlu mengemaskini status kelayakan untuk pegawai membuat tuntutan insurans.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy