SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 72 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN KEMUDAHAN LAIN KELUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Apakah aliran kerja yang terlibat dalam modul Keluar Negara Atas Urusan Persendirian? Aliran kerja yang terlibat bagi: 1) Urusan persendirian adalah AA-001 (permohonan keluar negara) dan AA002 (Proses Tuntutan Insurans Ke Luar Negara). 2) Urusan persendirian (blanket appoval) adalah BA-001 (permohonan keluar negara) dan BA-002 (Proses Tuntutan Insurans Ke Luar Negara). 2 Mengapakah paparan senarai negara yang ingin dilawati tidak banyak? Paparan senarai negara yang tidak banyak adalah kerana pegawai memilih urusan persendirian (blanket approval). Pegawai perlu memilih fungsi persendirian yang biasa bagi memilih negara selain dari 3 negara tersebut. 3 Adakah permohonan yang telah diluluskan dan telah melepasi tarikh perjalanan boleh dibatalkan? Tidak, permohonan yang telah melepasi tarikh perjalanan tidak boleh dibatalkan. Permohonan boleh dibatalkan selewatlewatnya sehari sebelum tarikh mula lawatan. 4 Mengapakah permohonan cuti lawatan ke luar negara telah diluluskan tetapi tarikh mula cuti dan tamat cuti tidak sama seperti yang sepatutnya? Tarikh mula dan akhir cuti rehat mestilah sama dengan maklumat tarikh cuti yang dimohon dalam sub modul cuti. 5 Permohonan cuti rehat dan cuti lawatan adalah tidak sama. Bagaimana untuk memasukkan maklumat tersebut kerana popup window hanya perlu memasukkan maklumat cuti rehat sahaja? Semasa memilih fungsi urusan persendirian, popup window perlu memasukkan maklumat cuti rehat sahaja. Bagi mengemaskini maklumat tarikh lawatan, pegawai boleh mengemaskini maklumat tersebut dalam borang permohonan pada Tab BAHAGIAN II : MAKLUMAT PERJALANAN KE LUAR NEGARA.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy