SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 61 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN PERUBATAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 4 Anak saya berumur 22 tahun dan maklumat beliau telah dikemaskini di modul Pengurusan Rekod Peribadi. Apabila Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan? Mengikut Perintah Am Bab F, hanya anak yang berumur 21 tahun dan ke bawah serta yang masih belajar sahaja yang layak untuk mendapatkan kemudahan Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL). Bagi anak yang tidak belajar, kemudahan Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) hanya diberikan sehingga 18 tahun sahaja. 5 Anak saya berumur 27 tahun dan maklumat beliau telah dikemaskini di modul Pengurusan rekod Peribadi. Beliau tergolong dalam golongan istimewa (OKU). Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan sedangkan golongan ini layak untuk mendapatkan kemudahan eGL? Mengikut Perintah Am Bab F, anak yang tergolong dalam golongan istimewa (OKU) layak mendapatkan kemudahan Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) seumur hidup dengan syarat Status Kecacatan di Pengurusan Rekod Peribadi dikemaskini. 6 Saya seorang pesara/tentera/ polis. Walaubagaimanapun maklumat saya tiada pada Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) di hospital? Maklumat Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) bagi Pesara/Tentera/Polis diambil terus daripada webservis di bawah kawalan agensi yang terlibat: Pesara – KWAP; Polis – PDRM; dan Tentera – ATM. Jika maklumat tiada pada Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL), Pemilik Kompetensi diminta berhubung dengan agensi berkenaan untuk mengemaskini maklumat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy