SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 60 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN PERUBATAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Pemilik Kompetensi telah memasukkan maklumat keluarga di dalam Pengurusan Rekod Peribadi. Apabila Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) dijana di HRMIS, mengapa maklumat keluarga tersebut tidak dipaparkan? Pemilik Kompetensi perlu menyemak maklumat keluarga yang dimasukkan di Pengurusan Rekod Peribadi seperti berikut: 1) Maklumat peribadi telah disahkan oleh Pengesah Rekod Peribadi. 2) Status tanggungan di Pengurusan Rekod Peribadi perlu dipilih. 3) Status pekerjaan ahli keluarga perlu di kemaskini. 4) Kategori Kad Pengenalan – perlulah berstatus SEMASA. 2 Saya seorang warganegara tetapi isteri/anak/ibu/bapa bukan warganegara. Apabila Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) dijana di HRMIS, mengapa maklumat keluarga tersebut tidak dipaparkan? Semasa mengemaskini maklumat Kad Pengenalan (KP), kategori bagi Jenis KP yang diisytiharkan di dalam modul Pengurusan Rekod Peribadi perlu memilih kepada Lain-lain dan Kategori KP adalah Semasa. 3 Saya mempunyai anak/ibu/ayah angkat. Bolehkah beliau mendapat kemudahan Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL)? Apabila Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan? Pemilik Kompetensi perlu mendapatkan surat pengiktirafan daripada JPN dan mengemaskini maklumat mereka di Pengurusan Rekod Peribadi. Status tanggungan perlu disetkan “Ya”.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy