SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 49 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN CUTI VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 49 Saya baru pulang dari negara Thailand dan didapati positif covid-19. Adakah saya layak memohon cuti kerantina? Apabila seseorang pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negeri di tahan dimana-mana stesyen kerantina oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana disebabkan oleh perjalananya melalui sesebuah pelabuhan atau lapangan terbang atau di dalam sebuah kapal atau kapal terbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak, maka tempoh penahanan sedemikian akan dianggap sebagai cuti kerantina. 50 Saya baru pulang dari negara Thailand dan anak saya didapati positif covid-19. Adakah saya layak mohon cuti kerantina? Tidak. Hanya CO/pegawai yang kembali dari luar atau dalam negeri diberi cuti kerantina bagi menghalang berlakunya penyebaran wabak penyakit. 51 Mengapakah Pegawai Pelulus saya tidak boleh meluluskan cuti sakit saya di menu ‘Inbox’ ? “Keluar ralat Tidak layak memohon cuti”. Pentadbir Cuti perlu kemaskini kelayakan ketiga- tiga jenis cuti sakit kepada 180 hari. 1) Sakit Swasta kepada 180 hari 2) Sakit Awam (dalam) 180 hari 3) Sakit Awam (luar) 180 hari 52 Bagaimana saya hendak memasukkan cuti Menghadiri Latihan dan Persatuan bagi Nama yang tiada dalam senarai? Untuk makluman, senarai nama persatuan bagi Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Tahunan Pertubuhan/Persatuan yang disenarai dalam HRMIS perlu pengesahan oleh KPPA. Jika nama persatuan tersebut tiada dalam senarai persatuan tersebut, mohon semakan selanjutnya bersama Bahagian Gaji dan Elaun (BGE). Bersama-sama ini disertakan pautan untuk rujukan senarai nama persatuan bagi Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Tahunan Pertubuhan/Persatuan dan Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas.  https://docs.jpa.gov.my/saraan/kemudaha n/Cuti_Tidak_Berekod.pdf  https://docs.jpa.gov.my/docs/faq/kemuda han/Lampiran_A_cuti_Perintah_Am_42(a )_Bab_C.pdf

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy