SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 48 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN CUTI VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 46 Kenapa saya tidak boleh masukkan rekod cuti saya lebih dari dua atau tiga rekod sekiranya belum disahkan oleh pelulus atau atasan saya? Pemilik Kompentensi tidak dapat memohon cuti sekiranya, tiga kali permohonan cuti terdahulu belum mendapat kelulusan. Kawalan ini adalah untuk mengelakkan cuti terlebih ambil berlaku. Pemilik Kompentensi perlu merujuk kepada Pelulus Cuti untuk kelulusan cuti dan permohonan cuti selanjutnya . 47 Pentadbir Cuti Jabatan ini sedang mengemaskini Cuti Kuarantin Menjaga Anak. Tetapi didapati dua daripada tiga (2/3) nama/maklumat anak pegawai tidak keluar di paparan walaupun pegawai telah mengemaskini rekod peribadi. Mengapa ia terjadi? Mohon Pemilik Kompetensi kemaskini maklumat anak dengan lengkap di Modul Rekod Peribadi: 1) Status Pekerjaan - Pilihan berdasarkan status pekerjaan anak sama ada masih belajar / belum bersekolah. 2) Tahap Pendidikan Tertinggi - Pilihan berdasarkan tahap pendidikan anak semasa. 3) Selesai kemaskini hantar untuk disahkan oleh Pengesah Rekod Peribadi. 48 Kenapa kelayakan GCR Pemiik Kompetensi tidak dapat ditambah bagi tahuntahun sebelum? Permohonan GCR adalah wajib dilaksanakan setiap akhir tahun. Sekiranya permohonan tidak dilaksanakan, permohonan tersebut boleh direkodkan melalui menu data sejarah. Walau bagaimanapun, permohonan ini perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan untuk direkodkan melalui menu Data Sejarah. Kemudian cuti pada tahun 2023 dan 2024 juga perlu diselenggara bagi mengelakkan kekeliruan. Sila rujuk pentadbir cuti untuk sebarang pengemaskinian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy