SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 41 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN CUTI VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 33 Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya ralat dalam pengiraan Cuti Dijangka Luput / Cuti Luput di dalam HRMIS? 1) Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya ralat pada pengiraan Cuti Dijangka Luput/Cuti Luput di HRMIS: i. Terdapat permohonan cuti tahun semasa yang dibatalkan / dipinda selepas kelulusan; ATAU; ii. Terdapat maklumat permohonan cuti tahun semasa yang direkodkan melalui menu Data Sejarah. Sekiranya berlaku perkara i) atau ii) di atas, 2) Pentadbir Cuti perlu menyelenggara kelayakan cuti Pemilik Kompetensi tersebut melalui Menu SELENGGARA KELAYAKAN CUTI bagi memastikan kiraan Baki Cuti dan Cuti Dijangka Luput adalah tepat. 34 Kenapakah mesej berikut terpapar semasa saya hendak membuat permohonan Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas walaupun saya masih belum melaksanakan permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan untuk tahun semasa? ‘Jumlah Hari Bercuti yang dipohon telah melebihi jumlah Cuti Dibawa Ke Hadapan (Jumlah Cuti Dibawa Ke Hadapan adalah sebanyak 0 hari)’. Mesej tersebut dipaparkan kerana terdapat permohonan GCR yang telah dilaksanakan pada tahun tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, Pentadbir Cuti perlu menghapuskan maklumat GCR bagi tahun semasa melalui menu: Data Sejarah  Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran  Pengurusan Cuti Maklumat GCR. 35 Bagaimana Pentadbir Cuti boleh memantau status permohonan GCR? Pentadbir cuti boleh memantau status permohonan GCR di bawah agensi seliaan masing-masing dengan merujuk kepada menu: Pengurusan Cuti  Laporan Operasi  Laporan status Permohonan GCR dan Cuti Dibawa ke Hadapan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy