SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 34 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN CUTI VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 16 Adakah terdapat peringatan melalui aplikasi MyHRMIS Mobile atau e-mel bagi memaklumkan kepada penyokong dan pelulus cuti untuk mengambil tindakan? Kemudahan pemakluman e-mel kepada Penyokong/Pelulus telah disediakan melalui aplikasi MyHRMIS Mobile secara Automatik. Walaubagaimanapun, notifikasi transaksi permohonan, sokongan dan kelulusan cuti melalui web adalah melalui peti pesanan sahaja. 17 Kenapa saya gagal mohon cuti Good Friday? Pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang menganut agama kristian diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama 1 hari sempena perayaan Good Friday bagi pegawai perkhidmatan awam dinegeri-negeri yang perayaan Good Friday adalah merupakan hari kelepasan am. 18 Kenapa saya gagal mohon cuti isteri bersalin? Pemilik Kompetensi perlu pastikan maklumat isteri telah dikemaskini di dalam Modul Rekod Peribadi iaitu di Tab keluarga. 19 Apakah cuti yang sesuai diambil sekiranya terkena jangkitan / disahkan positif Pemilik Kompetensivid-19? Untuk pemilik kompetensi yang positif Covid-19, beliau perlu memohon Kebenaran Tidak Hadir Bertugas Atas Perintah Akta 342. 20 Kenapa saya gagal batal/pinda cuti saya? Pemilik Kompetensi hanya boleh batal/pinda cuti yang masih belum lepas dari tarikh semasa dan masih belum diluluskan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy