SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 33 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN CUTI VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 11 Saya ingin menyokong / meluluskan cuti pegawai di bawah seliaan saya. Tetapi menu tersebut tiada di MyHRMIS Mobile. Peranan sebagai Penyokong Cuti / Pelulus Cuti tidak ditetapkan di HRMIS untuk tuan/puan. Mohon rujuk kepada Pentadbir HRMIS di agensi bagi penetapan ini. 12 Di manakah saya boleh merujuk cara pengiraan Cuti Luput yang lebih terperinci? Mohon rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003 ATAU hubungi pegawai di Bahagian Pencen di talian 03-8885 4750. 13 Mengapa mesej “Anda tidak layak memohon cuti kerana tiada rekod kelayakan bagi cuti tersebut.” dipaparkan apabila ingin membuat permohonan cuti kuarantin? Kelayakan cuti tersebut belum dijana. Mohon rujuk kepada Pentadbir Cuti bagi tujuan janaan kelayakan [Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin dan Memerlukan Pengasingan]. 14 Bagaimanakah Penyokong Cuti boleh menyemak senarai Pemilik Kompetensi yang memohon cuti di bawah seliaannya? Penyokong Cuti boleh menyemak tarikh bercuti Pemilik Kompetensi di bawah seliaannya melalui capaian menu di bawah: Pengurusan Cuti  Penyemakan Cuti  Semak Status Cuti (BU)  Pilih jenis dan kategori cuti yang dikehendaki  Pilih status permohonan cuti (optional)  Masukkan julat tarikh yang dikehendaki  Klik TERUSKAN. 15 Bakal pesara telah merancang Cuti Rehat bagi tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, HRMIS hanya membenarkan permohonan Cuti Rehat bagi tahun semasa sahaja. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Pentadbir Cuti / Pemilik Kompetensi bagi isu yang dinyatakan? Kelayakan Cuti Rehat diberi berdasarkan tahun kelayakan dimana setiap permohonan Cuti Rehat adalah untuk tahun yang sama sahaja (Tarikh Mula Cuti dan Tarikh Akhir Cuti mestilah dalam tahun yang sama). Sekiranya Pemilik Kompetensi ingin membuat perancangan Cuti Rehat untuk dua tahun yang berbeza (tahun semasa dan tahun hadapan), sila pastikan kelayakan Cuti Rehat tahun hadapan telah dijana terlebih dahulu oleh Pentadbir Cuti.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy