SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 26 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN SARAAN VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 5 Kenapa operasi simpan tidak dapat dilakukan dan mesej "Tarikh yang dipilih tidak berada dalam julat tarikh sandangan" dipaparkan? Pentadbir Saraan perlu menyediakan Kew.8 dengan memilih Tarikh Kuatkuasa sama dengan Tarikh Perubahan Gaji. Sekiranya pegawai tersebut tidak dijumpai, Pentadbir Saraan perlu memohon HORVER daripada Helpdesk JPA bagi membolehkan carian pegawai dibuat semasa berada di agensi lama. 6 Adakah jenis Perubahan “Tidak Hadir Bertugas” hanya boleh dilakukan untuk mengutip balik emolumen pegawai pada hari tidak hadir sahaja dan tidak dapat membuat pembayaran bagi hari-hari hadir? Jenis perubahan ini bukan hanya boleh dibuat kutipan balik emolumen pegawai pada hari tidak bertugas sahaja tetapi boleh juga di bayar emolumen pada tarikh hadir bertugas bergantung kepada situasi. Jika: 1) Kutipan balik emolumen dilaksanakan, ruang "patut terima"=0. 2) Bayar balik emolumen dilaksanakan, ruang "telah terima"=0. 7 Adakah Borang Kew.8 yang dikeluarkan oleh HRMIS masih perlu ditandatangani secara manual? Borang Kew.8 perlu ditandatangani secara manual untuk setiap peranan Penyedia, Penyemak dan Pengesah Kew.8. 8 Maklumat Jadual Gaji Matriks KUP tiada dalam HRMIS. Apakah tindakan yang perlu dilakukan? Pemilik Kompetensi perlu mendapatkan pengesahan Jadual Gaji Matriks KUP daripada Bahagian Saraan JPA. Setelah mendapat pengesahan, perlu kemukakan kepada pihak Pemilik Modul Submodul Pengurusan Saraan melalui https//:spmb.jpa.gov.my bagi mengemaskini Jadual Gaji Matriks KUP tersebut dalam HRMIS. 9 Adakah semua jenis perubahan gaji yang diproses di Kew.8 akan dikemaskini secara automatik item Mata Gaji di Submodul Profil Perkhidmatan? Tidak. Item Mata Gaji di Submodul Profil Perkhidmatan hanya akan dikemaskini secara automatik sekiranya jenis perubahan PERGERAKAN GAJI di Kew.8 diproses sehingga Kew.8 tersebut Disahkan dan Direkodkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy