SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 25 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN SARAAN VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Terdapat beberapa Jenis Perubahan Gaji yang tiada pada Kew.8 HRMIS. Bagaimanakah jenis perubahan gaji tersebut hendak direkodkan di dalam HRMIS? Jika terdapat beberapa Jenis Perubahan Gaji yang tiada pada Kew.8 HRMIS, pengguna boleh menggunakan Jenis Perubahan Gaji  Perubahan Biasa. 2 Apakah nilai yang perlu dimasukkan pada ruang [Patut Terima] dan ruang [Telah Terima]? Pada kebanyakan Jenis Perubahan Gaji nilai yang perlu dimasukkan pada ruang [Patut Terima] ialah emolumen terkini yang hendak diberikan pada Pemilik Kompetensi dan ruang [Telah Terima] ialah emolumen yang pernah diberikan pada Pemilik Kompetensi. Bagi Jenis perubahan yang tidak melibatkan perubahan emolumen yang hendak diberikan Pemilik Kompetensi. Contohnya Jenis Perubahan Gaji: Tidak Hadir Bertugas, pengguna boleh masukkan emolumen terkini pada ruang [Patut Terima] dan nilai 0.00 pada ruang [Telah Terima]. 3 Bagaimana agensi baru ingin membuat penyata perubahan gaji (Kew8) pegawai yang telah bertukar ke agensi tersebut tetapi perubahan berkenaan sepatutnya dibuat di agensi lama? Pentadbir Saraan perlu menyediakan Kew.8 bagi pegawai tersebut mengikut tarikh semasa berada di agensi lama. Tetapi Pentadbir Saraan perlu memohon HORVER daripada Helpdesk JPA bagi membolehkan carian pegawai dibuat semasa berada di agensi lama. **HORVER: Akses kepada agensi luar berdasarkan peranan. 4 Kenapa paparan mesej “Maklumat Data Tidak Lengkap” dipaparkan setelah klik [Papar] pada Kemaskini Borang Kew.8? Perlu pastikan rekod alamat rasmi Unit Organisasi dalam fungsi selenggara Unit Organisasi di modul Data Perjawatan bagi Pemilik Kompetensi tersebut lengkap.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy