SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 186 PENTADBIRAN SISTEM PENYELENGGARAAN REKOD INTEGRASI VERSI : 2.0 – DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Pihak kami cuba membuat penghantaran data mata gaji secara kaedah integrasi HRMIS namun mendapati maklumat kod gred gaji yang digunakan adalah tidak tepat. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Senarai Kod Gred Gaji HRMIS yang terkini bagi membolehkan pengemaskinian semula dapat dilakukan di peringkat agensi? Integrasi HRMIS - KPT UNIVERSITI AWAM. Bagi kemasukan data mata gaji secara integrasi, kod gred gaji telah ditetapkan di dalam pangkalan data databased (DB) Universiti Awam. Sehubungan itu, pentadbir integrasi UA perlu menyemak di dalam pangkalan data databased (DB) Universiti Awam bagi mendapatkan kod gred gaji terkini. 2 Untuk makluman, saya tidak pernah membuat sebarang pinjaman pendidikan. Tetapi semakan pada CV mendapati terdapat maklumat pinjaman pendidikan PTPTN. Bagaimanakah cara untuk hapus maklumat yang tidak berkaitan? Maklumat status pinjaman PTPTN pemilik kompetensi yang dipaparkan di CV adalah berdasarkan data yang dihantar oleh pihak PTPTN. Sehubungan itu, sekiranya data tersebut adalah salah, dimohon agar pemilik kompetensi merujuk kepada pihak PTPTN iaitu Bahagian Pengesanan dan Pengurusan Bayaran (No tel: 03-21931180) untuk keterangan lanjut. 3 Maklumat PTPTN yang dipaparkan dalam CV tidak tepat. Bagaimana untuk kemaskini maklumat pinjaman pendidikan yang tidak tepat di CV? Maklumat status pinjaman PTPTN pemilik kompetensi yang dipaparkan di CV adalah berdasarkan data yang dihantar oleh pihak PTPTN. Sehubungan itu, sekiranya data tersebut adalah salah, dimohon agar pemilik kompetensi merujuk kepada pihak PTPTN iaitu Bahagian Pengesanan dan Pengurusan Bayaran (No tel: 03-21931180) untuk keterangan lanjut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy