SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 177 PENTADBIRAN SISTEM PENYELENGGARAAN REKOD PROFIL PERKHIDMATAN DAN SANDANGAN VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN PENTADBIR NO SOALAN JAWAPAN SANDANGAN 1 Semasa membuat sandangan baharu atau putus sandang, berlaku pertindihan tarikh sandangan terdahulu kerana jawatan yang disandang dahulu telah disandang oleh Pemilik Kompetensi baharu dalam tarikh yang sama. Apakah yang perlu disemak? 1) Pentadbir Sumber Manusia diminta menyemak Buku Perkhidmatan Pemilik Kompetensi yang terlibat dan pastikan maklumat tarikh yang betul semasa direkodkan. 2) Apabila berlakunya pertindihan tarikh semasa melakukan aktiviti sandangan seseorang Pemilik Kompetensi (sandangan baharu atau putus sandang), agensi dimohon untuk menyemak maklumat sandangan Pemilik Kompetensi yang bertindih itu. Sekiranya Pemilik Kompetensi yang bertindih pada jawatan terdahulu itu masih lagi di agensi yang sama, Pentadbir Sumber Manusia di agensi masih boleh melakukan pengemaskinian tarikh, seterusnya membolehkan proses sandangan baharu atau putus sandang dibuat. 3) Sekiranya masih gagal melakukan pengemaskinian tarikh, mohon log ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) melalui pautan https://spmb.jpa.gov.my untuk semakan dan tindakan selanjutnya. 2 Bagaimanakah cara memutuskan sandangan Pemilik Kompetensi? Pentadbir Profil Perkhidmatan di agensi boleh melakukan aktiviti putus sandang dengan melaksanakan langkah berikut melalui menu: Pentadbiran Sistem  Penyelenggaraan Rekod  Profil Perkhidmatan  Selenggara Sandangan  Melalui Pemilik Kompetensi  Masukkan No KP

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy