SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 175 PENTADBIRAN SISTEM ALIRAN KERJA VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Apakah yang dimaksudkan dengan tulisan biru (hyperlink) dan tulisan hitam dalam peti pesanan? Bagi tulisan biru (hyperlink), pengguna perlu klik hyperlink tersebut dan mengambil tindakan seterusnya di dalam paparan yang dipaparkan. Seterusnya, hyperlink tersebut akan hilang daripada peti pesanan. Bagi tulisan hitam, ia hanya sekadar pemakluman dan boleh dihapuskan. 2 Beberapa item di dalam peti pesanan saya telah diambil tindakan dan tidak diperlukan lagi. Saya telah cuba menghapuskannya, namun tidak berjaya. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghapuskan item tersebut? Pentadbir HRMIS boleh hapuskan rekod dalam peti pesanan Pemilik Kompetensi yang telah diselesaikan di menu seperti berikut: 1) Klik Menu Pentadbiran Sistem  Klik Aliran Kerja  Klik Fungsi  Selenggara Aliran Kerja  Klik Kemaskini Transaksi Aliran Kerja  Pilih Jenis Carian. 2) Masukkan No KP  klik Teruskan  Klik pada senarai transaksi aliran kerja bagi rekod yang hendak dihapuskan  Klik Hapus Sila pastikan rekod yang telah diambil tindakan sahaja yang dihapuskan oleh Pentadbir HRMIS. Sekiranya rekod yang lengkap dan masih belum diambil tindakan, sila majukan kepada Pemilik Kompetensi yang sepatutnya. 3 Adakah tindakan yang diambil melalui paparan dimenu akan menghapuskan tindakan yang sama di peti pesanan? Ya. Sekiranya Pemilik Kompetensi telah mengambil tindakan melalui paparan menu, item di dalam peti pesanan akan terhapus dan sebaliknya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy